Mata Hati Yang Buta:-
Mata hati yang buta ialah ibarat mata yang
buta. Sebarang objek tidak boleh dilihat. Orang yang buta mata hatinya tidak
nampak langsung akan kebenaran. Apalagi kalau buta mata hati sejak kecil,
hingga tidak pernah kenal kebenaran. Seperti orang yang buta sejak kecil dan
tidak pernah melihat tali. Jika diberi tali disangkanya daun. Inilah hati orang
yang tidak menerima akidah dan sistem hidup Islam. Disebabkan mata hatinya
buta, apa sahaja yang dirasakannya tidak tepat.
Firman Allah yang bermaksud:
"Allah telah menutup pintu hati dan
pendengaran mereka." (Surah
Al-Baqarah: ayat 7)
Hati peringkat ini telah terkunci.
Kebenaran yang asas-asas pun tidak ada atau tidak dapat diterimanya.
Firman Allah lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak
beriman, sama sahaja untuk mereka, baik kamu beri peringatan atau tidak beri
peringatan, mereka tidak akan beriman."
(Surah Al-Baqarah: ayat 6)
Mata Hati Yang Kabur:-
Pandangannya berbalam-balam atau
samar-samar. Kadang-kadang nampak, kadang-kadang tidak. Inilah hati orang
mukmin yang banyak melanggar larangan Allah. Mereka samar-samar dalam melihat
kebenaran. Dalam mereka melihat salah, ada juga sedikit kebenarannya. Seperti
orang yang memegang tali pinggang disangkanya tali belati. Namun ada juga
betulnya kerana dia masih tahu itu adalah tali.
Mata Hati Yang Cerah:-
Ini pandangan hati orang-orang yang
soleh
Mata Hati Cerah Yang Luar Biasa:-
Mata hati di peringkat ini umpama mata yang
boleh melihat beribu-batu tanpa menggunakan teleskop. Mungkin dalam sejuta
hanya seorang yang Allah beri kelebihan luar biasa ini iaitu para rasul, nabi
dan orang-orang yang dekat dengan Allah yang menerima ilmu wahyu dan ilham
daripada-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Demi waktu, sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling
berpesan supaya mentaati kebenaran dan saling nasihat menasihati supaya
menjalankan kesabaran." (Surah Al-Ashr: ayat 1-3)
Kata Imam al-Ghazali R.T dalam Kitab
al-Arb'ain fi Ushulid Din:
Bermula segala taat yang batin iaitu sifat
kepujian iaitu ibadat di
dalam hati ada sepuluh perkara;
1. Taubat.
2. Takut.
3. Zuhud.
4. Sabar.
5. Syukur.
6. Ikhlas.
7. Tawakkal.
8. Kasih.
9. Redho.
10. Mengingati Mati.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhrya Allah tidak melihat pada
rupa bentuk dan tubuh kamu, tetapi Dia melihat pada hati dan amal
kamu." (HR. Muslim)
"Ingatlah! Bahwa sesungguhnya di dalam
tubuh itu ada segumpal daging, apabila ia baik, baiklah seluruh tubuh, dan
apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh, itulah hati."
(HR. Bukhari Muslim)
"Bukanlah kekayaan itu dilihat dari
banyaknya harta, tetapi kekayaan itu dilihat dari kekayaan hati." (HR.
Bukhari-Muslim)
"Sampaikan dariku walaupun satu
ayat." (HR Bukhari)
No comments:
Post a Comment