Thursday, June 7

5 Tips Berurusan Dengan Lelaki Ajnabi


1. Seboleh-bolehnya elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan kemampuan perempuan yang agak terhad seperti membaiki kereta, membaiki laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar atau ayat2 yang manja. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah SWT pun tegur kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk Qur'an surah Al-Ahzab ayat 32 :
"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga  bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik"
Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberikan kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?

3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, "Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan."

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran ‘communication skills’ yg kita belajar; "make eye contact with the person you're talking to". bende tu ‘applicable’ kalau kita bercakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada ‘eye contact’ dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory "dari mata turun ke hati" tu betul. so, ‘be careful’ dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. 
Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53;"....Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.." 
Kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. Kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur'an baru nk buat kot. Cth: "Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu..." Isk2. tak layak nye..

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin sesuai kepada pelajar2  atau org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah  secara professional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yg ada identiti, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.Semoga tidak melalaikan diri kita dan org yg menerimanya. Jaga diri, hiasi peribadi. (",)

10 Tabiat Rosakkan Otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi

* Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan


* Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok



* Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.


4. Penggunaan gula yang berlebihan


* Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara


* Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur



* Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur


* Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat


* Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi


* Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.



10. Jarang berfikir



* Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Agar Cinta Ini Mengalir di Sepanjang Nadiku


Ya Rabbii,
Aku tak sanggup mencintaiMu seperti Abu bakar, yang menyedekahkan seluruh hartanya dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga. Atau layaknya Umar yang menyerahkan harta demi jihad. Atau Uthman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan deenMu. Izinkan aku mencintaiMu, melalui seratus-dua ratus perak yang terulur pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan, pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di hujung-hujung jambatan. Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan.

Ya Ilahi,
Aku tak sanggup mencintaiMu dengan khusyuknya solat salah seorang sahabat KekasihMu hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya. Kerana itu Ya Allah, perkenankanlah aku bertatih menggapai cintaMu, dalam solat yang cuba kudirikan, meski ingatan kadang melayang ke berbagai permasalahan dunia.

Ya Robbii,
Aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib, yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu. Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku. Dalam satu dua sunnah nafilahMu. Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.


Yaa, Maha Rahmaan,
Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para alhafiz dan hafizah yg sempurna, yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam. Perkenankanlah aku mencintaiMu, melalui selembar dua lembar tilawah harianku. Lewat lantunan seayat dua ayat hafalanku.
Yaa Rahiim,
Aku tak sanggup mencintaiMu semulia Sumayyah, yang mempersembahkan jiwa demi menegakkan DeenMu. Seandai para syuhada, yang menjual dirinya dalam jihadnya bagiMu. Maka perkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu. Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Kariim,

Aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya, bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putra dan zaujahnya, dan patuh mengorbankan pemuda biji matanya. Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya. Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku, dengan mencintai sahabat-sahabatku, dengan mencintai manusia dan alam semesta.


Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii
 

Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku. Agar cinta itu mengalun dalam jiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku. 


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


 
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum 
di Isra’ kan"
 
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat 
mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh
 KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA-DUA IBUBAPANYA.
 
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, namun 
diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
 
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah,
 maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah SWT.
 
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam
 yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi 
SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
 
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang
 dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi 
minum hingga ia merasa puas.
 
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, 
setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG 
SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
 
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia
 sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA
 ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.
 
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin  tetapi mereka tidakpun membalas
 bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA
 UMATKU lalu menyeru kepada  mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
 
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke  mukanya,maka segeralah menjelma pahala
 SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 


BERSABDA  RASULULLAH SAW, ”SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN 
DENGAN SEPOTONG AYAT."

Sunday, May 20

solehah


Saudariku,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang,

dan tidak berkesudahan,

sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,

kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,

walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,

yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...

Saudariku...

hidup ini seperti mimpi,

seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,

dipuji dan dipuja,

segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,

tapi bila dia sedar dari lenanya,

dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,

seorang raja yang bermimpi,

menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,

dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,

tapi bila raja itu sedar dari lena,

dia tetap seorang raja...

Saudariku...

itulah hakikat hidup di dunia,

kalau susah,susah yang sementara,

kalau senang, senang yang sementara,

tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,

kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...

Saudariku...

matanglah dalam urusan akhiratmu,

jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,

kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,

jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,

jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...

Saudariku...

Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,

"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,

itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,

jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,

yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,

di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,

tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,

Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.

yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...

Saudariku...

ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,

"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"

lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,

moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,

mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,

kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,

tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,

seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?

Saudariku...

jadilah wanita solehah,

yang taat pada Allah dan Rasulnya,

teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,

jangan kau cuba menambah atau menguranginya

walaupun langit dan bumi menghimpitmu,

jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,

binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,

beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,

agar tarikan dan hembusan nafasmu,

di dalam keredhaan tuhanmu,

didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,

walaupun dicaci,dilukai dan disakiti,

tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...

Saudariku...

ajarlah jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan,

ia tidak semudah pengucapan,

kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,

di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,

di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,

hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,

berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,

jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a,

di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...





SERUAN KUBUR

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

 
2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.


3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.


4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.


5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
"Laailahaillallah, MuhammadurRasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

10 Jawapan Mengatasi Bisikan Iblis



1) Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Anakmu mati,” katakan kepadanya : “Sesungguhnya makhluk hidup diciptakan untuk mati dan dia akan masuk syurga dengan ketabahaanku. Dan hal itu membuatku bahagia”.
2) Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Hartamu musnah,” katakan kepadanya : “Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajipan zakat ”.
3) Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Orang banyak menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun,” maka katakan kepadanya : “Seksaan akan menimpa orang2 yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang2 yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)”.
4) Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Betapa banyak kebaikanmu,” dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (ujub). Maka katakana kepadanya : “Keburukan2ku jauh lebih banyak daripada  kebaikanku”.
5) Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Alangkah banyaknya solat  malammu,” maka katakan kepadanya : “Kelalaiankanku lebih banyak daripada solat malamku”.
6) Jika ia datang dan berkata : “Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang,” maka katakan kepadanya : “Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak daripada apa yang saya sedekahkan”.
7) Jika ia berkata kepadamu : “Betapa banyak orang yang menzalimimu,” maka katakana kepadanya : “ Orang – orang yang kuzalimi lebih banyak”.
8) Jika ia berkata kepadamu : “ Betapa banyak amalmu,” maka katakana kepadanya : “Betapa seringnya aku bermaksiat”.
9) Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Minumlah minuman2 keras!” maka katakana kepadanya : “Aku tidak akan mengerjakan maksiat”.
10) Dan jika ia datang kepadamu dan berkata : “Mengapa kamu tidak mencintai dunia?” maka katakan kepadanya : “Aku tidak mencintainya lantaran telah banyak orang lain yang tertipu olehnya,”.