Bidadari
merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga.
Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan
bidadari2 kurniaan Allah dan
dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari
tersebut).
Berjihad
pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini
merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia
yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya
dihabiskan.
Kisah......
'Ainul
Mardhiah yang bermaksud mata yang di redhai merupakan seorang bidadari yang
paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan
puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah
tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling
cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya
sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya
bidadari
tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada
sahabat-sahabat yang lain. Namun dia
tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan
keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah,
maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur
bersama-sama....
Dalam
tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia
bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah
dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk
berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu
ditunjuknya
di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada
seorang wanita yang tak pernah dialihat kecantikan begitu... takpernah dilihat
didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah...
wanita itu menjawab ehh tidakk... saya
khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu
dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada
seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi
sedang mengelap permata-mata
perhiasan
di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul
mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai
ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak
tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia
sampai ke satu mahligai dan mendapati
seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda
catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita
itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan
untuk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu
belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda
itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu
sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini
kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia
shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang
itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah
keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka
mereka telah menunggu makanan untuk berbuka
(tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid
tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang
shahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar...
dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita
sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di
syurga....
subhanallah...
No comments:
Post a Comment