Friday, May 4

10 Jalan Masuk Syaitan Dan Cara Melawannya


  1. Buruk sangka, lawanlah dengan perasaan percaya.
  2. Cintakan dunia dan berterusan memasang angan – angan, lawanlah dengan takut pada mati yang datang tiba – tiba.
  3. Menikmati keseronokkan hidup yang penuh hiburan dan nikmat, lawanlah dengan kesedaran bahawa nikmat itu akan hilang dan akan tibanya perhitungan yang pahit.
  4. Bongkak, lawanlah dengan kesedaran bahawa semua adalah nikmat Allah dan takutkan balasan yang buruk.
  5. Meremehkan dan kurang menghormati orang lain, lawanlah dengan mengetahui hak dan kehormatan ornag lain.
  6. Dengki, lawanlah dengan sikap lapang dada.
  7. Riak dan senang dipuji, lawanlah denga rendah diri dan tawaduk.
  8. Kedekut, lawanlah dengan kesedaran bahawa apa yang kita miliki akan binasa satu hari nanti.
  9. Sombong, lawanlah dengan rendah diri dan tawaduk.
  10. Tamak, lawanlah dengan keyakinan terhadap apa yang ada di sisi Allah dan berzuhud.

No comments: