yang sedikit sebanyak begini bunyinya.. "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan".
Kemudian kita diarah untuk melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis
di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam
Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu
bilangan nama Allah.
Sebenarnya banyak lagi kebaikan – kebaikan yg akan kita perolehi daripada amalan2
yang sering dianjurkan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam.
1.Cara makan
Kenapa kita gunakan tangan terutamanya tangan kanan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w,
baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian
membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan
jari kelingking, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu yang ada pada jari tersebut.
Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua - dua
belah tangan kita ada mengeluarkan 3 jenis enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan
kurang sedikit daripada yg kiri kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan proses
pertama dalam membantu sistem penghadaman. Mengapa menghisap garam? Kerana garam
adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari
kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan
yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Selain dari sebab garam
merupakan sumber mineral, ia juga penawar yang paling mujarab bagi keracunan yang lebih
dikenali sebagai Sodium Chloride dalam bidang perubatan dan kimia. Garam juga dapat
menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2.Cara mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul
lumat agar perut kita mudah memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah
Dengan hanya membaca Bismillahirrahmanirrahim sebelum makan sebenarnya kita dapat
mengelak daripada terkena penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian
dengan Allah SWT, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari
sumber makanan itu.
4. Cara Rasulullah minum
Janganlah kita minum sambil berdiri, walaupun ia makruh tetapi makruh itu menghampiri
kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas semasa kita
sedang minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk
air dan dalam proses meminum itu, kita tentu akan bernafas. Apabila kita hembus melalu hidung,
kita akan mengeluarkan CO2 iaitu karbon dioksida, yang apabila bercampur dgn H20 iaitu air,
akan menjadi H2CO3 iaitu ..... yang sama seperti cuka, menyebabkan minuman itu berasid.
Oleh sebab itu jugalah kita ditegah daripada meniup air yang panas. Cara minum yang terbaik
ialah dengan minum seteguk. Kemudian berhenti untuk bernafas. Dan begitu juga untuk kali
kedua dan ketiga.
5. Hukuman bagi penzina
Dalam keadaan normal, badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg
dapat melawan penyakit. Sel-sel ini terdapat di sekitar tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum
tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin biasanya akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini,
manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana sel-sel
lain akan hilang disebabkan perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin
didapati bersalah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini kerana apabila dia disebat di belakangnya,
suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat
melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit
antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya ialah direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan
virus HIV itu.
6. Ka’bah
Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi. Ka’bah terletak
di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab,
didapati bahawa Ka’bah berada betul-betul di tengah - tengah bumi. Mengapa ia empat persegi pula,
kerana ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, tidak seperti bentuk pyramid,
dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak
yang lain. Selain itu,ianya juga mewakili empat imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i,
melambangkan kebenaran keempat-empat imam tersebut.
No comments:
Post a Comment